11 NOV. 14 - Kejohanan Sukan Sekolah 2014 telah berlangsung pada 6 Nov. 2014, Khamis yang diadakan di Padang SK Padang Sebang. Kejohanan yang saban tahun dijalankan itu menyaksikan empat Rumah Sukan berentak untuk merebut piala kejohanan.
Kejohanan tersebut telah bermula dengan acara pembarisan masuk kontijen-kontijen Rumah Sukan yang terlibat yang turut memberi tabik hormat kepada Naib YDP PIBG, En. Baxiar selaku perasmi kejohanan sukan pada kali ini, yang turut diiringi oleh Tuan Guru Besar, En. Rosli Bin Abu Bakar.
Kejohanan pada kali terpaksa ditangguh lebih awal dan disambung pada 10 Nov. (Isnin) disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Dengan berakhirnya kejohanan itu, pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga sekolah dan juga para ibu bapa yang turut sama menjayakannya.
Berikut antara foto yang sempat dirakam sepanjang kejohanan suakan diadakan.
 |
Ucapan dan perasmian Naib YDP PIBG. |
 |
Para ibu bapa yang hadir memberikan sokongan. |
 |
Kontijen perbarisan daripada rumah-rumah sukan. |
 |
Penyampaian hadiah bagi acara sebelum kejohanan. |
 |
Acara bagi pegawai guru. |
 |
Anugerah Olahragawan dan Olahragawati 2014. |
 |
Guru-guru yang memenangi hadiah. |
0 comments:
Post a Comment