Majlis Perpisahan Cikgu Azizah, GPK HEM
17 Nov. - Satu Majlis Perpisahan sempena perpindahan Cikgu Azizah yang telah mendapat tawaran ke jawatan Guru Besar di SK Gangsa, telah diadakan di Hotel Orkid, Melaka. Dalam majlis itu, telah disekalikan dengan jamuan tahunan sekolah anjuran Kelab Staf SK Padang Sebang.
Warga sekolah telah kehilangan seorang guru yang telah banyak berjasa kepada sekolah. Bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Cikgu Azizah. Selamat bertugas di sekolah baharu. Selamat maju jaya.
0 comments:
Post a Comment