12 NOV. 14 - Sambutan Maal Hirah 1436 peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah khas, Ust. Tarmizi B. Aji untuk pengisian pada majlis tersebut. Semangat hijrah Nabi SAW dan para sahabat dahulu perlu disemai dan disemarakkan bermula dari sekolah lagi agar lahirnya generasi yang berjiwa besar dan kental dalam mengharungi ujian mendatang.
Dalam majlis tersebut, turut diadakan persembahan murid dan juga Bengkel Solat bagi mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid tentang solat.
Berikut antara foto yang dirakam sepanjang majlis sambutan itu.
 |
Persembahan murid sempena Maal Hijrah. |
0 comments:
Post a Comment